Tulips di Malaysia; bunyi macam berangan je, betul tak? Saya memang suka tanam pokok, jadi kali ni saya experiment pakai bebawang Tulip yang saya beli di Italy semasa melancong ke sana masa Winter, dan terbukti Tulips sebenarnya tak susah nak hidup kat tempat panas macam Malaysia.
Tulips jenis biasa, Kuala Lumpur, 2013. |
Satu istilah yang kita pakai untuk 'tipu' bebawang Tulips ni ialah 'forcing'. Caranya senang je. Kita tahu Tulips ni jenis pokok yang selalunya hidup di tempat-tempat sejuk. Sebenarnya, yang kita 'force' adalah bebawang Tulips tu, bukannya pokok itu sendiri. Kebetulan masa saya beli bebawang tu tengah Winter, jadi saya terus tanam je bila balik ke Malaysia. Kalau korang beli bebawang tu time bukan Winter, seeloknya letakkan bebawang tu dalam freezer dulu (suhu sekitar 0° to 5° degrees) untuk 6 ke 14 minggu (pastikan tempat tu sejuk dan gelap), dan lepas tu secara beransur-ansur pindahkan ke fridge untuk 3 ke 6 minggu.
Lepas tu, dua minggu tu jaga bebawang tu macam jaga anak, sampailah keluar tunas. Ikut pengalaman, bebawang tak suka tanah yang basah. Malaysia kan cuaca lembab, jadi kurangkan siram. Kalau tanah tu lembab sangat, takut nanti bebawang tu berkulat. Ada orang ajar letak kiub ais kat permukaan tanah tu, tapi saya rasa baik jangan, sebab bila ais tu cair nanti tanah jadi banjir pula.

Letak pasu tu dalam suhu bilik, tak perlu berulang-alik ke dalam fridge. Kalau bilik ada air-cond lagi elok. Apa pun, jangan letak bawah panas terik. Tepi tingkap yang dapat cahaya matahari pun cukup, ataupun mana-mana tempat yang paling sejuk dan teduh kat luar. Kalau korang kat Cameron Highlands, tanam la bawah matahari pun, tak ada masalah rasanya.
Bebawang Parrot King Tulip |
Satu lagi, ikut arahan dari pek bebawang tu. Selalunya, bebawang tu ditanam sedalam 3 kali saiz bebawang itu sendiri. Cari pasu yang dalam sikit.
Contoh arahan untuk tanam bebawan Tulip |
Kalau pek bebawang yang korang beli tu tak bagi arahan, ataupun sebab korang beli dari kedai yang tak supply original packing, jangan segan silu contact saya untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment